27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 24, 2023

Hari Sukan Negara 2023 pada 14 Oktober ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SAMBUTAN Hari Sukan Negara 2023 peringkat kebangsaan (HSN2023) dijadual akan berlangsung pada 14 Oktober depan di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan sambutan HSN2023 dengan tema #FitMalaysia.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr. Nagulendran Kangayatkarasu berkata, pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan akan diadakan sepanjang HSN2023 yang bermula 13 hingga 15 Oktober ini.

“HSN2023 merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup sihat,” katanya.

Beloau berkata demikian dalam sidang media sempena penganjuran Hari Sukan Negara 2023 di KBS hari ini.

Tambah Dr. Nagulendran, penganjuran HSN2023 juga selarang dengan kerangka Malaysia Madani dan Visi Sukan Negara 2030.

HSN2023 dijangka menarik penyertaan seramai 4.5 juta orang di seluruh negara.

Bagaimanapun, HSN2023 di Sarawak akan diadakan pada 28 Oktober bagi memberikan laluan kepada Sambutan Ulangtahun Kelahiran Yang di Pertua (TYT) Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Untuk rekod, edisi pertama HSN pada 2015 yang menempa nama dalam Malaysia Book Of Records sebagai Penganjuran Aktiviti Sukan Terbanyak Secara Serentak dalam Satu Hari dengan jumlah 17,648 aktiviti sukan, berjaya menarik penyertaan keseluruhan seramai lebih lima juta orang. – Edisi 9

Terkini

Kes bunuh: Polis buru dua suspek warga Sri Lanka

POLIS memburu dua suspek lelaki warga Sri Lanka kerana disyaki terlibat kes bunuh tiga warga senegara di sebuah rumah...

Lagi Artikel Berkaitan