32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

JPN nafi video lama pendatang China mohon kerakyatan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menafikan satu video lama yang tular di media sosial yang mendakwa ramai rakyat dari negara China memohon kerakyatan daripada DAP.

JPN menerusi kenyataan berkata, video yang dikitar semula itu pernah disebarkan pada 2018 dan pihaknya juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara tersebut.

“Urus tadbir pengurusan kewarganegaraan di negara ini yang dilaksanakan oleh JPN adalah berlunaskan Perlembagaan Persekutuan.

“Ia selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

JPN dalam pada itu meminta orang ramai supaya menyemak dan meneliti terlebih dahulu setiap berita yang diterima bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak benar berleluasa.

“Orang ramai perlu berhenti menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected],” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan