25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Sultan Ibrahim terima mengadap Wan Junaidi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima mengadap Yang Di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Puan Sri Fauziah Mohd. Sanusi. 

Menurut Facebook rasmi Sultan Ibrahim, turut berangkat sama, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sejurus Baginda selamat berangkat tiba di Johor Bahru dari Ipoh.

“Pertemuan berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, selama hampir sejam hari ini. 

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima mengadap Yang Di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – Edisi9/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Pertemuan itu membincangkan pelbagai perkara sebelum tetamu kehormat diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari,” katanya hari ini.

Wan Junaidi dilantik sebagai Yang Di-Pertua Dewan Negara yang Ke-19 pada Jun lalu. 

Turut hadir, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani. – Edisi 9

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan