28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ebit Lew terus hantar air, sukar lena bila ada orang perlukan air

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) tidak dapat tidur lena apabila mengenangkan masih ada lagi insan khasnya di Selangor memerlukan air berikutan pencemaran air Sungai Selangor, kelmarin.

Menerusi hantaran Facebook beliau, UEL menjelaskan, besar nilai dan nikmat air ini buat manusia.

Penduduk Subang tidak lepaskan peluang ambil air pemberian Ebit Lew – Foto FB UEL

Menurutnya, beliau berasa sayu rasa hati apabila penduduk Selangor sekali lagi diuji dengan ketiadaan air. 

“Malam ini, saya tempah lori bawa air dan agihkan kepada penduduk flat sekitar Subang. Ada beberapa tempat lagi mesej saya. 

Advertisements

“Dari siang uruskan. Walau dah malam ramai datang nak air, tua muda pelbagai bangsa. Mereka bawa baldi dan kami bagikan juga dalam empat tangki kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok,” tulis beliau, malam tadi.

Ustaz Ebit Lew meneruskan bantuan air malam ini. – Foto FB UEL

Ebit Lew berkata, beliau akan meneruskan bantuan air ke beberapa tempat di Lembah Klang malam ini mengikut permintaan.

“Doakan ya. Nak hantar air ke beberapa tempat lagi malam ni mengikut permintaan. 

“Macam mana kita nak lena jika ada orang memerlukan air. Besar nilai dan nikmat air ini,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan