28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Lelaki terselamat, kereta dipandu melawan arus terbabit kemalangan

Mesti Baca

IPOH – Seorang lelaki terselamat selepas kereta dipandunya secara melawan arus terbabit dalam kemalangan tiga buah kenderaan di kilometer 355.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, semalam.

Memetik Astro Awani,Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian yang tular di media sosial itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 petang semalam.

Kereta yang dipandu lelaki secara melawan arus di Lebuhraya Plus, semalam. – Foto FACEBOOK

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu sebuah treler dengan muatan sarung tangan dalam perjalanan dari Klang menghala ke Bidor.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, sebuah kereta jenis Perodua Axia disyaki telah memandu melawan arus dari susur keluar Sungkai menghala ke selatan melalui PLUS arah utara.

“Sebuah kenderaan jenis Toyota Rush yang berada di lorong kanan arah utara tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta itu dan berpusing beberapa kali.

“Treler berkenaan yang berada di lorong kiri arah utara juga tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Axia tersebut,” katanya, hari ini.

Advertisements

Wan Azharuddin berkata, kemalangan itu hanya menyebabkan pemandu Toyota Rush mengalami luka-luka kecil manakala pemandu treler dan Perodua Axia tidak mengalami kecederaan.

Tambahnya, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Axia memandu melawan arus sejauh 1.4 kilometer iaitu dari Kilometer 354 arah susur masuk tol Sungkai hingga lokasi kejadian.

Bagaimanapun, katanya, tangkapan terhadap pemandu Perodua Axia berumur 34 tahun itu tidak dapat dilakukan.

Polis percaya pemandu berkenaan memandu melawan arus untuk mengelak sekatan jalan raya di Plaza Tol Sungkai.

Dia juga didapati baru selesai membuat ujian calitan Covid-19 di Klang tetapi masih belum menerima keputusannya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan