29.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Kaki kanak-kanak lelaki tersepit pada besi penutup longkang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas kakinya tersepit pada besi penutup longkang dalam kejadian yang berlaku di Taman Sri Subang, di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.56 petang.

“Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang pergi ke lokasi.

“Setiba di lokasi enam minit kemudian, pihak bomba mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki berada dalam kesakitan selepas kakinya tersepit.

Advertisements

“Bertindak atas kejadian itu, pihak bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa dari besi penutup longkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa mengalami cedera di bahagian betis kaki kiri.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan selanjutnya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan