26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

8 penumpang termasuk kru dalam pesawat terhempas – CAAM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan seramai enam penumpang dan dua kru berada dalam pesawat yang terhempas dekat Elmina, Shah Alam, Selangor, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, namun keadaan kesemua mangsa sehingga kini masih belum dapat dipastikan.

Katanya, pesawat yang terhempas merupakan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV.

“Pesawat berkenaan yang dikendalikan  Jetvalet Sdn. Bhd. telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2:08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1). – Edisi9/Flightaware

“Hubungan pertama oleh pesawat berkenaan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang adalah pada pukul 2:47 petang dan kebenaran mendarat telah diberikan pada pukul 2:48 petang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, pada pukul 2:51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas namun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat tersebut. 

Lokasi berlakunya nahas pesawat terhempas ketika dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang hari ini. – Edisi9/Media Sosial

Ujar beliau, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautik Kuala Lumpur (KL ARCC) telah diaktifkan bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat.

“Keseluruhan seramai enam penumpang dan dua kru berada dalam pesawat tersebut namun keadaan kesemua mangsa mash belum dapat dipastikan setakat ini. 

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan