32.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 18, 2024

CAAM gantung sementara sijil AOC MYAirline

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) syarikat penerbangan MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline), berkuatkuasa hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, penggantungan itu adalah di bawah Peraturan 193(3), Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 selama 90 hari sementara menunggu siasatan lanjut.

Katanya, audit keselamatan yang dijalankan ke atas MYAirline dari 29 Mei hingga 1 Jun lalu bagi pembaharuan AOC menunjukkan tiada penemuan yang menunjukkan terdapat masalah kewangan.

“Elemen senarai semak penunjuk kewangan seperti dalam Dokumen 8335 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) juga dimasukkan dalam proses audit keselamatan.

“Sebahagian daripada proses audit keselamatan, pemegang AOC perlu menyediakan bukti kemampuan kewangan. Ini bagi memastikan pengendali operasi udara mempunyai sumber kewangan untuk menjalankan operasi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut CAAM berkata, sekiranya timbul isu kewangan, pemberitahuan bertulis perlu diberikan segera kepada CAAM bagi memastikan tiada sebarang kompromi terhadap keselamatan operasi.

Advertisements

Katanya, sehingga ke hari ini, MYAirline tidak menghantar sebarang notis pemberitahuan kepada CAAM seperti yang dinyatakan.

Jelasnya, penggantungan sementara operasi MYAirline pada 12 Oktober lalu tanpa pemakluman awal telah menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan awam dan integriti keseluruhan operasi penerbangan awam di negara ini.

“Audit keselamatan terperinci akan dijalankan ke atas MYAirline semasa penggantungan sementara ini untuk menilai semula keupayaan syarikat penerbangan itu.

“Sebarang pelanggaran peraturan oleh pemegang AOC akan diuruskan mengikut Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CAD).

“CAAM mengingatkan semua pemegang lesen untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan di samping memastikan pematuhan yang ketat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Basikal lebuh raya nasional jalani ujian aerodinamik di UK

BASIKAL lebuh raya nasional pertama yang dibangunkan Bozetta Bike Malaysia Sdn Bhd, Bozetta FZ8 telah dihantar ke Silverstone Engineering...

Lagi Artikel Berkaitan