31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Kapal kargo bawa beras ditahan gagal kemuka dokumen

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kapal kargo yang membawa muatan 20 kontena dipecayai beras ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sekitar 5.2 batu nautika timur laut Tanjung Sirik, Pulau Bruit, pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, kapal kargo itu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul. 9.20 pagi.

“Pemeriksaan mendapati, terdapat tujuh warga asing dan seorang kru warga tempatan berumur dalam lingkungan 22 hingga 60 tahun berada di atas kapal terbabit.

“Nakhoda kapal gagal mengemukakan manifes keluar vesel dan domestic shipping license ketika diminta. Siasatan awal mendapati kapal membawa muatan kargo beras dipercayai untuk pasaran tempatan,” katanya hari ini.

Advertisements

Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Perlesenan Pengimport dan Pengeksport).

Gilbert Tinggak berkata, kapal kargo dan kru berkenaan kemudian diiring ke kawasan bersauh berhampiran Jeti Terminal Tanjung Manis untuk tindakan lanjut.

“Zon Maritim Tanjung Manis menasihati masyarakat khususnya komuniti perkapalan agar sentiasa peka terhadap undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan.

“Sebarang maklumat salah laku atau kegiatan jenayah dan insiden kecemasan di laut boleh disalurkan ke talian Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak (082-432544) atau MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan