28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Kredit e-tunai RM100 untuk golongan B40, M40

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju untuk menawarkan pemberian kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Deri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion yang akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, itu merupakan kesinambungan daripada kejayaan pemberian e-tunai sebelum ini.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Advertisements

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat merangkumi golongan yang masih dikategorikan B40 dan M40, walaupun kita sekarang merangka meminda pendeakatan B40 dan M40 ini.

“Tetapi kalau kita golongkan dalam kumpulan ini dana dalam kemudahan ini mencecah dalam RM1 bilion,” katanya. 

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di ibu negara hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan