26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Bantuan khas penjawat awam RM300, pesara RM200

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam dan RM200 bagi golongan pesara.

Anwar berkata, golongan pesara terlibat termasuk termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Menurut perdana menteri, beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk meluluskan dan menyalurkan bantuan itu dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di ibu negara hari ini. – Edisi9/Fahmi Fadzil

“Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara. 

Dengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan berusaha gigih untuk menyokong hasrat kerajaan dan pembaharuan ekonomi Madani, memberi perkhidmatan terbaik sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar kerajaan dapat merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan,” katanya.

Advertisements

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di ibu negara hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Selain daripada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa inisiatif lain termasuk pemberian kredit e-tunai RM100 kepada golongan dewasa berpendapatan di bawah RM100,000 setahun, tambahan RM400 juta pinjaman mikro dan tambahan RM800 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu air di Kelantan dan Sabah. 

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa keutamaan biasiswa dan sekolah berasrama penuh akan diberikan kepada bagi golongan berpendapatan rendah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan