Saturday, June 13, 2026

Jangan buat pilihan berpandu ungkapan ‘gelombang’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKYAT di negeri Kedah dinasihatkan supaya tidak mensia-siakan peluang memilih dan jangan membuat pilihan dengan berpandukan kepada ungkapan ‘gelombang’ yang hanya direka cipta oleh pihak lawan.

Itu pesanan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya dan Memperkenalkan Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra dan Bukit Kayu Hitam di Napoh malam tadi.

Menurut beliau, negeri Kedah ini sebenarnya dianugerahkan oleh Allah SWT dengan pelbagai sumber yang boleh dimanfaat oleh kerajaan untuk memakmurkan rakyat.

“Kita hanya memerlukan sebuah kepimpinan kerajaan yang dinamik dan bukannya kerajaan yang hanya tahu bersyarah politik.

“Sebab itu saya tegaskan betapa pentingnya rakyat membuat pilihan yang tepat mencari pengurus dan peneraju kepimpinan kerajaan negeri pada PRN nanti.

“Jangan sia-siakan peluang memilih kali ini dan jangan membuat pilihan dengan berpandukan kepada ungkapan ‘gelombang’ yang hanya direka cipta oleh pihak lawan,” katanya hari ini.

Mahdzir turut akan mewakili BN di DUN Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu menyertai keseluruhan 15 calon yang ditampilkan BN pada PRN di Kedah.- Edisi 9

Related posts:

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan