32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

8 pemancing hilang di perairan Inderasabah ditemui selamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAPAN pemancing yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing di perairan Inderasabah ditemui selamat oleh pasukan Carilamat di lokasi 7.6 batu nautika barat laut Pulau Sipadan pada pukul 5.35 petang semalam.

Sebelum kejadian berlaku, difahamkan kesemua mereka dikatakan keluar memancing dari Jeti Inderasabah ke kawasan sekitar kira-kira 22 batu nautika selatan muara iaitu di kawasan sempadan perairan Malaysia – Inderasabah sejak kelmarin.

Bagaimanapun, bot berkenaan yang dijangka kembali pada hari sama terputus hubungan sebelum laporan dibuat.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata, pihaknya yang menerima laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 8.35 pagi telah memaklumkan kepada Maritim Rescue Sub-Center (MRSC) dan seterusnya bertindak mengaktifkan operasi carilamat pada 10.15 pagi bagi mengesan bot dan semua pemancing yang gagal dihubungi.

“Aset bot peronda maritim yang berada dalam sektor operasi terus diaturgerak ke lokasi kejadian bagi mendapatlan maklumat dan mengesan kedudukan sebenar bot yang dilaporkan hilang.

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) turut dibuka di Pos Maritim Inderasabah bagi mengumpul maklumat berkaitan mangsa yang terbabit. Maklumat turut disalurkan kepada agensi keselamatan pihak Indonesia bagi memaklumkan berkaitan kejadian itu,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurutnya, sebanyak empat aset diatur gerak pada hari pertama Ops Carilamat membabitkan 50 anggota dengan keluasan kawasan pencarian sehingga 10 batu nautika persegi.

“Operasi mencari dan menyelamat akhirnya mendapat makluman panggilan daripada salah seorang mangsa hilang yang memerlukan bantuan berkaitan bot yang dinaiki mengalami kerosakan enjin dan dihanyutkan sehingga terputus hubungan.

“Mangsa yang berada di bot kemudian memaklumkan lokasi bot seterusnya diselamatkan oleh aset Carilamat ke Pos Maritim Inderasabah,”katanya.

Terdahulu, operasi Carilamat yang dikendalikan oleh MRSC Kota Kinabalu turut disertai oleh agensi-agensi keselamatan lain terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta komuniti setempat. –

Lapan pemancing berkenaan yang dilaporkan selamat dikenali Hasbin Mahmud selaku juragan bot bersama Mapiase Palilu, Sabaruddin Sahuna, Mohd Fadlizan Japar, Abdul Razak Abd Rahman, Darwis Andi Permata dan Kong Fun Voo@Mohd Yusof yang terdiri daripada warga tempatan dan Thailand. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara melalui Pintu 3 ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan