33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Calon wanita PKR untuk PRN telah disenarai pendek

Mesti Baca

WANITA PKR telah pun menyiapkan senarai pendek calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan di enam negeri tidak lama lagi.

Ketuanya, Fadhlina Sidek berkata ketika ini pihaknya masih menunggu keputusan daripada pucuk pimpinan untuk ditentukan kerusi bagi calon yang telah disenaraikan.

“Kita (buat) senarai pendek calon-calon yang akan bertanding pada PRN di enam negeri ini. Nama (sudah) ada, cuma (sekarang ini) untuk tentukan kerusi (sahaja) dan juga untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dan seterusnya Kerajaan Perpaduan,”katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas program Korban Perdana Nibong Tebal di Masjid Jamek Al Huda Sungai Bakau, hari ini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi – KPN

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan