Sunday, July 19, 2026

Mungkin tiba masa mengundur diri – Dr Akmal

Dipercayai berkaitan dengan desakan beliau menerusi Konvensyen Khas Pemuda UMNO agar partinya menarik diri daripada Kerajaan Madani.

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

“MUNGKIN sudah tiba masanya untuk mengundur diri. Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini.”

Itu hantaran yang dilontarkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh sehingg mencetuskan pelbagai persoalan.

Kenyataan Dr Akmal itu dipercayai berkaitan dengan desakan beliau menerusi Konvensyen Khas Pemuda UMNO agar partinya menarik diri daripada Kerajaan Madani.

Beliau juga mencadangkan agar UMNO kembali menghidupkan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama Pas demi kepentingan agama dan bangsa sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.

Beliau sebelum ini turut mencabar Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk berani dan sedia untuk menjadi pembangkang.

Mengulas hasil konvensyen tersebut, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu telah membuat ketetapan untuk terus kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Malahan beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut berkata, UMNO tidak mahu lagi ‘dipatuk oleh ular yang sama di tempat yang sama’, iaitu kiasan penolakan kerjasama dengan Pas.

Menurut ADUN Merlimau itu, beliau telah berusaha sehabis baik dan sudah melakukan segala upaya untuk mewujudkan kerjasama dengan parti-parti Melayu-Islam lain.

“Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri,” katanya menerusi Facebook beliauh hari ini.

Dr Akmal berkata, jika dengan niat yang baik untuk agama, bangsa dan tanah air, beliau yakin suatu hari nanti hasrat tersebut menjadi kenyataan. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan