30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Malaysia sasar jualan RM1 bilion daripada MIHAS @Dubai – Zahid

Mesti Baca

MALAYSIA mensasarkan jualan sebanyak RM1 bilion daripada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang dilangsungkan buat julung kali di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganjuran MIHAS@Dubai merupakan satu pencapaian bersejarah bagi industri halal negara kerana berpeluang memperkenalkan produk dan perkhidmatan halal bertaraf dunia ke pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, penganjuran pameran itu juga mencerminkan visi jelas untuk memacu industri halal negara ke peringkat global dengan meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekonomi halal global yang kian berkembang pesat. 

“Tambahan pula, pasaran halal global dianggarkan mencecah USD 5 trilion menjelang 2030, dipacu oleh pertumbuhan populasi Muslim dunia yang dijangka mencapai 2.2 bilion pada tahun yang sama.

“Penganjuran merupakan medan terbaik kepada negara untuk merebut peluang ini, dengan sasaran jualan yang tinggi iaitu RM1 bilion,” katanya semasa merasmikan MIHAS@Dubai hari ini.

Zahid yang juga Pengerusi Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal berkata, kepentingan UAE kepada perdagangan Malaysia tidak boleh dipandang remeh.

Ahmad Zahid Hamidi meninjau rerurai pameran MIHAS@Dubai.

Beliau berkata, sebagai destinasi eksport terbesar Malaysia di rantau MENA, UAE telah menyumbang RM14.23 bilion (USD3.3 bilion) atau 38.4 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke rantau ini tahun lalu. 

Advertisements

Katanya, eksport Malaysia ke UAE terus menunjukkan pertumbuhan kukuh, meningkat sebanyak 7.9 peratus kepada RM10.86 bilion (USD2.5 bilion) antara Januari hingga September 2024. 

“Penganjuran MIHAS di Dubai sebagai hab perdagangan global terkemuka dilihat mampu menonjolkan hubungan perdagangan yang kukuh dan membuka jalan kepada kerjasama yang lebih mendalam serta pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara,” katanya.

Selain itu, Zahid berkata, penganjuran itu turut menonjolkan kepelbagaian dan keterangkuman ekonomi halal meliputi sektor seperti makanan, farmaseutikal, kewangan, dan pelancongan. 

Melalui inisiatif Malaysia membangunkan Taman Halal dengan keluasan lebih 200,000 ekar, membuktikan Malaysia terus terkehadapan dalam memimpin inovasi, kelestarian, dan kecemerlangan dalam industri halal global.

“Dengan penyertaan 215 syarikat Malaysia pada pameran MIHAS@Dubai juga mencerminkan komitmen Malaysia untuk menonjolkan kecemerlangan industri halal negara terhadap kepelbagaian produk dan perkhidmatan halal. 

Penganjuran ini bukan sebagai pameran perdagangan semata-mata, tetapi juga sebagai platform untuk membina perkongsian baharu, memudahkan pertukaran pengetahuan, meningkatkan potensi dan mencapai matlamat bersama dalam komuniti halal global,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia cadang bawa inisiatif JELITA ke peringkat ASEAN – Zahid

MALAYSIA bercadang untuk membawa insiatif Pemerkasaan Pekerjaan melalui Pembelajaran dan Kemajuan Teknikal Inklusif (JELITA) ke peringkat ASEAN bagi merapatkan...

Lagi Artikel Berkaitan