Saturday, June 13, 2026

Perseteruan bola sepak kekal dalam padang – Sultan Selangor, TMJ

Mesti Baca

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan kesepakatan bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang.

Tunku Ismail menerusi Facebook baginda bertitah, pada masa yang sama semua pasukan perlu saling hormat menghormati dan menjaga perpaduan di luar padang.

Tunku Ismail hari ini berangkap mengadap Sultan Sharafuddin di Shah Alam, Selangor.

“Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Johor berkongsi pendapat tentang perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan Institusi Diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara.

“Turut dibincangkan adalah perkara berkaitan bola sepak, khususnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja dan wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang,” titah baginda dalam Facebook tersebut.

Untuk rekod Sultan Selangor merupakan penaung bagi pasukan Selangor FC manakala Tunku Ismail pula merupakan pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT). – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan