23.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Semua MRSM diarah lipat-ganda pemantauan kualiti makanan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

SEMUA pengetua dan warden asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara diarah melipatgandakan pemantauan terhadap kualiti makanan yang disediakan oleh kontraktor dewan selera.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini bagi memastikan makanan yang disediakan kepada para pelajar memenuhi spesifikasi dan menu yang ditetapkan.

Beliau berkata, jika didapati perkhidmatan kontaktor yang dilantik mengabaikan perkara tersebut serta tahap kebersihan dapur dewan selera, mereka diminta untuk membuat laporan terus kepada ibu pejabat MARA.

“Saya sendiri akan turun secara mengejut melalui kaedah terjahan dari semasa ke semasa.

“Kalau ada juga kecuaian pemantauan di pihak pentadbir MRSM, saya tidak akan teragak-agak ambil tindakan tegas dan mempertanggungjawabkan mereka juga (pengetua dan warden) jika berlaku sebarang kes penyimpangan,” katanya hari ini.

Advertisements

Sebelum itu beliau berkata, tindakan penamatan kontrak, saman dan tuntutan ganti rugi melalui mahkamah ke atas kontraktor makan MRSM Taiping sebagai iktibar untuk yang lain.

Baru-baru ini, Asyraf Wajdi berang dengan sikap kontraktor MRSM Taiping yang bersikap sambil lewa dan mengabaikan kebersihan menguruskan dewan selera sekolah tersebut.

Lebih mendukacitakan, jawapan yang diberikan oleh wakil kontraktor terbabit ketika beliau membuat tinjauan mengejut ke MRSM tersebut juga mengecewakan dan bersikap lepas tangan.

Rakaman video perbualan Asyraf Wajdi dan wakil kontraktor berkenaan kemudian tular dalam media sosial. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan