24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Jika benar, haramkan GISB, ini dah ajaran syaitan – Akmal

Mesti Baca

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mendesak kerajaan mengharamkan pertubuhan yang didakwa mendidik kanak-kanak dan remaja untuk meliwat dan diliwat.

Berang dengan laporan berhubung kegiatan pertubuhan tersebut, Akmal berkata, perkara itu bukan lagi Islam tetapi merupakan ajaran syaitan.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa merempuh dan menyiasat setiap cawangan pertubuhan tersebut bagi memastikan perkara terkutuk itu tidak berlaku di tempat lain.

“Jika benar ini berlaku maka kerajaan dah boleh haramkan pertubuhan ini dan hukuman yang paling berat perlu diberikan kepada si pelaku.

“Perkara ini bukan Islam, ini dah ajaran syaitan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Akmal memohon mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau berada dalam situasi yang sama agar memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Semalam, media yang memetik kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, modus operansi rumah amal dikaitkan dengan ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) itu adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

Advertisements

Dalam Op Global dijalankan antara jam 6-11 pagi semalam, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan tersebut.

Daripada 20 rumah amal berkenaan, 18 daripadanya di Selangor manakala dua lagi di Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

Susulan itu, GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) petang semalam tampil menafikan dakwaan bahawa syarikat itu terbabit dalam eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.

Dalam kenyataannya, GISB menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Pendirian kami amat jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara.

“Kami bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan isu ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan