29 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 10, 2024

Bermula sebagai JUSCO, AEON kini rai ulang tahun ke-40

Mesti Baca

AEON Co (M) Berhad (AEON) meraikan ulang tahun ke-40 pengoperasian mereka di negara ini dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memulakan operasinya di Malaysia pada September 1984 di bawah nama Japan United Stores Company atau JUSCO, AEON kini mempunyai 28 AEON Mall, 35 AEON Store, 6 MaxValu Prime, 62 AEON Wellness, dan 46 DAISO di seluruh negara. 

“Kehadiran JUSCO adalah hasil inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memodenkan industri peruncitan negara dengan kepakaran pengurusan peruncitan termaju dari Asia,” kata Pengerusi AEON, Datuk Iskandar Sarudin dalam kenyataan baru-baru ini.

Sejak itu, JUSCO berkembang pesat dan pada tahun 2012 ia dijenamakan semula sebagai AEON, yang bermaksud “berkekalan” dalam bahasa Latin. 

AEON juga, katanya, mempunyai lebih 11,000 orang pekerja di seluruh negara, menjadikannya salah sebuah syarikat dengan jumlah pekerja paling ramai di luar Jepun.

Iskandar berkata, perjalanan empat dekad ini tidak mungkin dapat dinikmati tanpa sumbangan daripada keseluruhan ekosistem yang terlibat.

“Setiap kejayaan dicapai sentiasa bersandar kepada sokongan daripada Kerajaan Malaysia, komitmen tidak berbelah bagi daripada rakan niaga dan pembekal, kesetiaan pelanggan yang menjadi nadi operasi kami, serta dedikasi dan kerja keras warga AEON yang sentiasa memastikan syarikat ini terus berjaya,” katanya.

Advertisements

Majlis sambutan ulang tahun AEON diraikan bersama 400 rakan niaga, pembekal dan pemegang taruhnya.

Majlis dihadiri oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh; Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko; Presiden AEON Co. Ltd. dari Jepun, Akio Yoshida; dan Pengarah Urusan AEON Berhad, Naoya Okada.

Sementara itu Fuziah berkata, beliau gembira dengan AEON yang sentiasa bersedia menyokong aspirasi kerajaan untuk memastikan pengguna dapat menikmati produk berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif. 

“Ini adalah satu amalan yang bernilai bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia,” katanya.

 Datuk Iskandar Sarudin juga berkata, “Perjalanan empat dekad ini tidak mungkin dapat dinikmati tanpa sumbangan daripada keseluruhan ekosistem yang terlibat.

 Setiap kejayaan dicapai sentiasa bersandar kepada sokongan daripada Kerajaan Malaysia, komitmen tidak berbelah bagi daripada rakan niaga dan pembekal, kesetiaan pelanggan yang menjadi nadi operasi kami, serta dedikasi dan kerja keras warga AEON yang sentiasa memastikan syarikat ini terus berjaya.”

Sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan, AEON turut menyampaikan AEON Outstanding Partnership Award kepada rakan niaga dan pembekalnya yang menunjukkan potensi, inovasi, pencapaian dan prestasi yang baik selain menyokong usaha kelestarian AEON. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Membangun potensi pelajar Orang Asli di IPT menerusi kokurikulum

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NKK AZMAN PADA masa kini, bilangan pelajar Orang Asli di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin meningkat,...

Lagi Artikel Berkaitan