Thursday, July 23, 2026

ATPC peroleh semula pematuhan harga bida mininum Nasdaq

Mesti Baca

AGAPE ATP Corporation (ATPC) memperoleh semula pematuhan keperluan harga bida minimum USD1 di bawah keperluan penyenaraian berterusan Nasdaq Stock Market LLC (Nasdaq).

Berikutan itu, semua isu yang berkaitan sebelum ini telah berjaya diselesaikan.
 
Pada 17 September lalu, ATPC menerima notis bertulis daripada Jabatan Kelayakan Penyenaraian Nasdaq yang mengesahkan bahawa harga tawaran penutupan saham biasa syarikat adalah USD1 sesaham atau lebih untuk 10 hari dagangan berturut-turut, dari 30 Ogos hingga 16 September lalu.

“Sehubungan itu, syarikat telah berjaya memperoleh semula pematuhan Peraturan Penyenaraian Nasdaq 5550(a)(2),” kata ATPC dalam kenyataan ringkas hari ini. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan