25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

UMNO bukan parti kura-kura sanggup jual prinsip – Zahid

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO bukanlah sebuah parti bersifat kura-kura yang menyorok kepala dan sanggup menjual prinsip ketika berada di tampuk kuasa.

Sebaliknya, Presiden UMNO itu berkata, UMNO tidak pernah mengubah atau mencairkan matlamat pernubuhan parti hanya kerana mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Beliau berkata, naratif konon Melayu dan Islam terancam sengaja dimainkan untuk menanam kebencian, menyuntik kejelekan dan menebalkan kecurigaan terhadap parti itu.

“Resam politik, bila satu pihak mentadbir, tentu ada pihak yang akan sentiasa berusaha menggugat.

“Walaupun telah dijelaskan, serangan kepada UMNO kerana berada dalam kerajaan terus didendangkan.

Kita bukan seperti mereka yang sifatnya sebagai parti kura-kura – Zahid Hamidi

“Yakinlah… Baiah penubuhan parti tetap dipertahankan. Islam yang syumul terus dimartabatkan. Hak Melayu kekal diistimewakan. Bahasa Melayu kukuh dinobatkan. Raja-Raja Melayu mulia didaulatkan.

“Kita bukan seperti mereka yang saya sifatkan sebagai parti kura-kura, menyorokkan kepala dan sanggup menjual prinsip tatkala berada di
tampuk kuasa,” katanya.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, UMNO tidak lupa ketika Bersatu berada dalam kerajaan, seorang pemimpin mereka yang menjadi menteri ketika menerima pakai ICERD yang mengancam kedudukan Melayu.

“Malah Perdana Menterinya juga dari Bersatu ketika itu. Kita tidak akan lupa walaupun dia kata Melayu mudah lupa. Jika bukan UMNO sebagai pemelihara keindukan Melayu bangkit menentang, nescaya konvensyen tersebut telah ditandatangani,” katanya.

Pas pula, kata Zahid, menggunakan agama sebagai topeng namun tidak membawa apa-apa agenda Islam sepanjang mereka berada dalam kerajaan.

Advertisements

“RUU 355 senyap sepi seribu bahasa. Hudud bukan lagi agenda utama. Negara Islam pula entah ke mana,” katanya.

Beliau berharap orang Melayu sedar bahawa sentimen dan emosi yang dimainkan oleh Perikanan Nasional (PN) bukan untuk memperkukuhkan kedudukan Melayu dan Islam sebaliknya ia sekadar sandiwara politik yang mengkhayalkan.

Islam, Melayu dan Raja-raja akan tetap dipertahankan, – Zahid Hamidi

“Saya ingin menyeru kepada seluruh umat Melayu. Janganlah terpedaya atau terpesona dengan lisan mereka yang fasih memainkan kata-kata. Kesannya besar kepada kestabilan dan keharmonian negara,” katanya.

Zahid menggesa umat Melayu agar kembali kepada politik kesederhanaan dan tidak terikut atau terbuai dengan cerita muluk konon merekalah yang berjuang demi agama dan bangsa.

“Kita insaf, UMNO bukan maksum sifatnya. Ada salah dan ada silapnya. Ada lemah dan ada kurangnya. Insya-Allah selagi mana kita ditakdirkan berkuasa, keindukan Islam dan Melayu tetap menjadi agenda utama demi kestabilan dan kerukunan negara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, mengurus dan mentadbir negara bukan satu uji kaji seperti ungkapan popular “kita cubalah lima tahun, selepas itu kalau tak bagus kita tukarlah semula.”

Katanya, pemikiran seperti itu telah membawa kesan buruk apabila perpecahan khususnya dalam kalangan orang Melayu semakin melebar dan kuasa politik Melayu semakin melemah.

Justeru, untuk memperkukuhkan agenda perkongsian kuasa berindukan Melayu dan Islam, UMNO secara besar-besaran akan menyatukan pertubuhan-pertubuhan NGO Melayu di bawah Gerakan Rumpun Melayu.

Zahid menyeru agar umat Melayu agar kembali kepada politik kesederhanaan dan tidak terikut atau terbuai dengan cerita muluk konon merekalah yang berjuang demi agama dan bangsa.

“Kita insaf, UMNO bukan maksum sifatnya. Ada salah dan ada silapnya. Ada lemah dan ada kurangnya. Insya-Allah selagi mana kita ditakdirkan berkuasa, keindukan Islam dan Melayu tetap menjadi agenda utama demi kestabilan dan kerukunan negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan