27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024

Mesej kepada PM agar layan UMNO sebagai rakan strategik

Mesti Baca

KEMENANGAN UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memberi mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melayan parti tersebut sebagai rakan strategik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana UMNO merupakan penyumbang terbesar bagi kerajaan Perpaduan dalam meraih sokongan pengundi Melayu.

Beliau berkata, kemenangan di negeri ‘totok’Pas selama 34 tahun yang taksub dengan fatwa politik ekstrem memang cukup manis bagi UMNO sekali gus membuktikan Melayu masih menyokong parti tersebut.

“Tidak ada sebab UMNO tidak boleh berbangga dengan kemenangan di Nenggiri. Bangga bukan angkuh tapi membakar semangat untuk bangkit.

“Menang di negeri totok Pas selama 34 tahun yang taksub dengan fatwa politik ekstrem memang cukup manis buat UMNO. Melayu masih sokong UMNO.

“Nenggiri memberi mesej pada PMX (Anwar) supaya UMNO dilayan sebagai rakan strategik kerana UMNO penyumbang besar meraih sokongan Melayu,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam PRK DUN Nenggiri semalam, calon BN Mohd Azmawi Fikri Abd Ghani menewaskan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail dengan majoriti 3,352 sekali gus merampas kerusi tersebut daripada Bersatu.

Advertisements

Azmawi Fikri dari kerajaan Perpaduan memperoleh 9,091 undi mengatasi Rizwadi yang mewakili Perikatan Nasional (PN) memperoleh 5,739 undi.

Mengulas keputusan itu, Mohd Puad berkata, inilah PRK pertama yang mana parti penyandang tumbang berbanding lapan PRK lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 sebelum ini.

Manakala PRK lain menyaksikan parti-parti penyandang mempertahankn kemenangan masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata, dua momokan politik iaitu propaganda “UMDAP” (UMNO-DAP) dan memburuk-burukkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ternyata gagal di Nenggiri.

“Zahid tujuh kali datang berkempen. Utusan Malaysia malu kerana main isu ini. Tetapi Hadi lagi malu kerana tuduh UMNO nyanyuk.

“Kalau UMNO nyanyuk, pengundi Nenggiri lagi nyanyuk pilih BN. Tetapi Nenggiri tidak nyanyuk. Ikut akulah, undi aku,” katanya dengan sinis. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MoU ditawar kerajaan Perpaduan tidak berperlembagaan – Muhyiddin

PERJANJIAN persefahaman (MoU) yang ditawarkan oleh kerajaan Perpaduan jelas tidak berperlembagaan malah bertentangan dengan nilai murni yang menjadi pegangan...

Lagi Artikel Berkaitan