KERAJAAN mengurangkan lagi harga runcit diesel bagi Semenanjung sebanyak 2 sen bagu tempoh 22 Ogos hingga 28 Ogos, kepada RM3.23 seliter.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, pengurangan harga diesel itu seirinh dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.
Ini minggu ketiga berturut-turut harga runcit diesel diturunkan sejak pelaksanaan penyelarasan semula subsidi diesel bagi Semenanjung Malaysia pada 10 Jun lalu pada harga RM3.35 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” kata MOF dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu bagi harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter.
Manakala bagi harga runcit petrol pula kedua-dua jenis iaitu RON95 dan RON97 kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM3.47 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – Edisi 9