27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Zahid mahu graduan tahfiz diselaras melalui data kukuh

Mesti Baca

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu agar penyelarasan graduan tahfiz dilaksanakan dengan baik menggunakan data yang kukuh.

Menurut beliau, ini penting dalam usaha melahirkan graduan tahfiz dan pondok yang berkemahiran pada masa depan.

“Sememangnya menjadi hasrat saya agar struktur yang sistematik dan berterusan dapat dihasilkan bagi memastikan pelajar tahfiz mendapat penawaran dan kemasukan ke institusi TVET (program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional),” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sebelum itu Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Islam Kebangsaan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan mengenai TVET tahfiz dalam meneliti kedah terbaik bagi mewujudkan laluan kepada pelajar tahfiz dan pondok dalam bidang kemahiran tersebut.

Advertisements

Zahid berkata, lanjutan daripada pertemuan tersebut, telah diadakan mesyuarat bersama wakil daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangn dan Industri (MITI) dan Halal Development Corporation (HDC).

Katanya, ini bagi membincangkan beberapa isu penting seperti usaha pendigitalan sijil halal, rayuan permohonan pengiktirafan badan pensijilan halal dari negara-negara luar, perancangan program Global Halal Summit (GHAS) dan Halal On Track (HOT), serta beberapa isu terkait mengenai industri halal.

“Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, saya berdoa dan amat berharap hasil dari pertemuan ini dapat memberi impak positif untuk memajukan bidang TVET Tahfiz dan membangunkan ekosistem industri halal yang berdaya maju.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat atas kerjasama dan usaha yang telah dilakukan. Semoga semuanya dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan