25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Jakel sedia 3 juta pasang baju melayu tahun ini

Mesti Baca

MELANCARKAN kempen Raya Sakan 2024, gedung tekstil terkemuka negara, Jakel, menyediakan 3 juta pasang baju melayu yang bakal dijual di seluruh Malaysia tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, ini bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan sepanjang promosi sebulan Ramadan berlangsung.

Katanya, kesemua koleksi pakaian siap yang disediakan tahun ini turut tersedia untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Ia ditawarkan berteraskan trend terkini hasil sentuhan pereka dalaman Jakel sekali gus diyakini mampu memenuhi cita rasa pelanggan masa kini.

“Selari dengan moto kempen tahun ini bergaya sambil berjimat, Jakel menawarkan pakaian bercorak dan rekaan terkini meliputi pelbagai peringkat usia pada harga lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

“Sempena promosi Raya Sakan Bersama Jakel tahun ini, harga baju Melayu yang sebelum ini ditawarkan pada tahun lalu iaitu RM180 kini diturunkan kepada RM150 sahaja sepasang.

“Selain itu pelanggan berpeluang memilih salah satu hadiah percuma antara kurta atau samping berkualiti berteraskan kain eksklusif bernilai RM89 bagi setiap pembelian baju Melayu tahun ini.

“Malah bagi koleksi perempuan sedia dipakai ditawarkan serendah RM99 sahaja sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini 2024,” katanya pada majlis pelancaran kempen Raya Sakan Bersama Jakel 2024, semalam.

Pada majlis sama, Jakel turut melancarkan sketsa raya yang dibintangi oleh pelakon antaranya Mimi Ernida, Lan Zailan, Mustaqim Bahadon, Halim Othman, Anas Ridzuan dan ramai lagi. 

Advertisements

Tidak ketinggalan, bagi penggemar pakaian sedondon, Jakel turut menyediakan koleksi KOMBO sedondon khusus bagi keluarga dan pasangan.

Mohamed Faroz Mohamed Jakel (kiri) pada sidang media Raya Sakan Bersama Jakel.

“Tahun ini juga Jakel menawarkan pelbagai pilihan baju kanak-kanak perempuan dan lelaki bermula dari peringkat bayi hingga ke usia 14 tahun pada harga amat berpatutan bermula pada RM49 sepasang.

“Bukan itu sahaja, selain koleksi pakaian, Jakel turut menawarkan diskaun sehingga 85 peratus bagi kelengkapan lain seperti permaidani, langsir, sejadah, kain pelikat dan lain-lain di gedung kami yang sudah popular sebagai pusat sehenti,” katanya.

Mohamed Faroz berkata, selain promosi baju Melayu Raya Sakan, pelanggan turut berpeluang mendapatkan pelbagai variasi kurta pada harga serendah RM39, kemeja lelaki serendah RM59 serta baju kanak-kanak serendah RM29.

“Pelanggan tidak perlu risau tentang parkir di Jakel Mall, kerana kami menyediakan lebih 2000 ruang, selain surau dan tandas khusus untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan,” katanya.

Jualan promosi Raya Sakan itu membabitkan cawangan Jakel di seluruh negara bermula hari ini, 9 Mac hingga malam Raya.  

Sementara itu, pelakon dan pengacara popular, Nabil Ahmad kekal menjadi duta Jakel buat tahun yang kesembilan.

Untuk tahun ini, Jakel juga melantik beberapa pempengaruh dan KOL dalam rangka mempromosikan kempen Raya Sakan 2024. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan