31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

17 premis hiburan diserbu, 120 pelacur warga asing ditahan

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) telah menyerbu 17 premis hiburan dalam satu Operasi Khas dijalankan di sekitar Kuantan, Pahang malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embuk Taha berkata, operasi bermula pada pukul 11 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Negeri Pahang.

Beliau berkata, operasi tersebut turut disertai oleh Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), JIM Negeri Perlis, JIM Negeri Perak dan JIM Negeri Sembilan.

“Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama tiga minggu.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi telah diatur gerak ke 17 buah premis yang terdiri daripada empat buah premis pusat hiburan, sembilan premis kelab malam (pub) dan empat premis pelacuran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara kelab malam yang diserbu Jabatan Imigresen dalam operasi bersepadu di Kuantan, Pahang. – Foto: JIM

Beliau berkata, pasukan operasi berjaya menahan 103 perempuan warga Thailand, Vietnam (11), Laos (2), Myanmar (2) dan Indonesia (2) yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran.

Selain itu, operasi itu turut menahan lima lelaki warga Myanmar, Indonesia (1), Bangladesh (11) dan China (3). Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 49 tahun.

“Manakala 11 lelaki warganegara Malaysia yang berperanan sebagai penjaga premis berusia antara 25 hingga 46 tahun turut ditahan. Jumlah keseluruhan yang telah ditahan adalah seramai 151 orang,” katanya.

Jafri berkata, hasil semakan awal mendapati, 67 orang perempuan warganegara Thailand, Laos (2), Vietnam (10), Myanmar (2), Indonesia (3) dan 10 orang lelaki Bangladesh yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah laku.

Sementara yang lain, katanya, tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

Beliau berkata, pasukan operasi turut merampas sejumlah kondom, dokumen premis, rekod perniagaan, kunci premis, peralatan seks, 67 naskhah pasport Thailand, dua pasport Laos, 10 pasport Vietnam, dua pasport Myanmar, tiga pasport Indonesia, 10 pasport Bangladesh, wang tunai sebanyak RM7,880, 21 unit telefon bimbit, gel pelincir, gelang tips, tuala dan peralatan kamera litar tertutup (CCTV).

Antara pelacur warga asing yang ditahan. – Foto JIM

“Modus operandi di pusat hiburan ini adalah dengan melakukan promosi wanita warganegara asing dengan menggunakan foto-foto mereka melalui aplikasi media sosial.

Advertisements

“Wanita warganegara asing yang dipilih akan diuruskan oleh lelaki warganegara Malaysia yang dipercayai sebagai penjaga premis sebelum pelanggan ke bilik yang disediakan.

“Bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan di premis antara RM300 hingga RM400 bergantung kepada pakej yang ditawarkan.

“Transaksi bayaran yang digunakan bagi urusniaga ini adalah secara dalam talian atau tunai sebelum wanita warganegara asing tersebut diserahkan kepada pelanggan,” kata Jafri.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan di premis pelacuran adalah pelanggan akan hadir sendiri ke premis dan memilih wanita warganegara asing berdasarkan katalog yang diberikan.

Katanya, setelah pelanggan membuat pilihan wanita yang ingin dilanggani, pelanggan akan dibawa ke bilik khas yang disediakan.

“Bayaran secara tunai kepada penjaga premis semasa pelanggan mula untuk memasuki bilik. Kadar bayaran yang dikenakan antara RM250 hingga RM350 bagi satu jam,” katanya.

Semasa serbuan dilakukan, Jafri berkata, terdapat bilik-bilik rahsia di dalam premis yang dipercayai sebagai lokasi bagi persembunyian warganegara asing apabila diserbu oleh pihak berkuasa.

Wanita-wanita bukan sahaja terlibat dengan aktiviti persundalan tetapi turut menyalahgunakan pas lawatan.

Katanya, seorang lelaki warganegara asing yang berada di premis tersebut cuba untuk melarikan diri dengan melompat dari tingkat dua premis dan terjatuh hingga mengakibatkan kecederaan.

Kesemua warganegara asing ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kemudiannya dibawa ke JIM Negeri Pahang untuk tindakan lanjut.

Manakala 11 orang lelaki warganegara Malaysia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Sek.56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

Seramai 40 orang warganegara Malaysia diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan, katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan