26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Speaker berang ADUN BN, Pas berbaju Melayu di DUN Selangor

Mesti Baca

SHAH ALAM – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim berang apabila tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang berbaju Melayu semasa hadir persidangan DUN, hari ini.

Tiga ADUN  yang berbaju Melayu serta bersongkok itu adalah Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong), Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang) dan Mohd Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang).

Suee Lim sehubungan itu menggesa ketiga-tiga ADUN itu “berpakaian sewajarnya” mengikut peraturan DUN iaitu sut.

“Tolong patuhi peraturan mesyuarat. Saya hanya memberi nasihat kepada beberapa orang daripada anda hari ini.


“Kelonggaran diberikan kepada ADUN untuk memakai baju Melayu mereka apabila sidang diadakan pada hari Jumaat,” katanya, yang dipetik Free Malaysia Today.

Bagaimanapun, Shamsudin membantah dengan mempersoalkan mengenai kewujudan sebarang peraturan dalam peraturan mesyuarat mengenai kod pakaian, khasnya yang melarang mereka daripada berpakaian tradisional.

“Saya rasa kami mematuhi peraturan. Juga, orang ramai akan gembira jika memakai baju Melayu,” jelasnya.

Yunus berkata, peraturan mesyuarat tidak menyentuh kod pakaian.

Suee Lim bagaimanapun mempertahankan pendiriannya dengan berkata, beliau diberikan kuasa untuk membuat keputusan berhubung kod pakaian lelaki di bawah Peraturan Mesyuarat 87(7) dan beliau sudah mengeluarkan surat jemputan berhubung sidang DUN, di mana kod pakaian untuk lelaki serta wanita dinyatakan dengan jelas.

Bagaimanapun, Imran berkata, surat jemputan itu tidak boleh dianggap sebahagian daripada peraturan mesyuarat.

“Saya faham akan ada pindaan kepada peraturan mesyuarat mengenai kod pakaian, tetapi hingga hari ini tiada usul untuknya.

“Selagi tiada peraturan menentang pemakaian baju Melayu, sesiapa pun mempunyai hak memakainya,” katanya.

Sementara itu, Suee Lim membalas dengan berkata, beliau tidak mahu memanjangkan isu kod pakaian itu.

“Saya mahu lihat anda semua memakai sut esok,” katanya.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan