26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Gabungan PH-BN sasar menang dua pertiga di Selangor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GABUNGAN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menyasarkan akan memenangi sekurang-kurangnya dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Perkara itu, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari, akan menjadi realistik sekiranya undi PH dan BN yang diperoleh dalam pilihan raya sebelum ini digabungkan.

“Jika digabungkan, kita mampu meraih kemenangan sehingga 50 kerusi DUN.

“Sasaran kita yang realistik adalah menang dua pertiga kerusi DUN Selangor namun jika campurkan pengundi PH dan BN, sasaran 50 kerusi itu mampu dilakukan serta dicapai.

“Ini adalah masa kita untuk meyakinkan akar umbi kedua-dua pihak untuk bekerjasama dan memastikan kemenangan gabungan luar biasa untuk menjamin kestabilan serta kemakmuran di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, hari ini.

Advertisements

Terdahulu, pemerhati politik serta pembangkang menyifatkan sasaran PH dan BN untuk menang 50 daripada 56 kerusi DUN di Selangor sebagai tidak realistik.

Mengulas lanjut beliau berkata, apa yang utama ketika ini, PH dan BN masing-masing perlu turun padang menggerakkan jentera secara bersama untuk meyakinkan pengundi.

Sementara itu, menyentuh agihan kerusi di Selangor, Amiruddin berkata, hanya satu atau dua kerusi masih belum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, kata beliau, ia akan diselesaikan oleh Anwar yang juga Pengerusi PH dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, dua hari lebih awal berbanding tempoh mandat rakyat berakhir iaitu pada 25 Jun.

Pembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lepas setelah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan