Wednesday, July 22, 2026

JPN nafi MyKid dimansuhkan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan kononnya MyKid dimansuhkan seperti yang tular di media sosial ketika ini.

Sebaliknya, kata JPN, kelewatan yang berlaku dalam permohonan MyKid adalah berpunca daripada masalah bekalan cip global ketika ini.

“JPN ingin menjelaskan perkara (pemansuhan MyKid) tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“MyKid bukan dimansuhkan tetapi hanya mengalami kelewatan dalam proses pengeluarannya susulan masalah bekalan cip global JPN sedang sedaya upaya mengatasi masalah ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp mendakwa JPN telah menghentikan pengeluaran MyKid dan segala urusan berkaitan perlu menggunakan sijil lahir.

Sementara itu, JPN berkata, bagi ibu bapa atau penjaga yang terlibat dinasihatkan untuk menggunakan sijil kelahiran yang dikeluarkan JPN bagi sebarang urusan.

“Agensi kerajaan dan juga swasta juga diingatkan untuk menerima sijil kelahiran sebagai satu dokumen sah untuk sebarang urusan berkaitan.

“Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan perkhidmatan JPN orang ramai boleh merujuk laman web atau media sosial rasmi JPN untuk maklumat yang sahih dan tepat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan