27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

DUN Selangor dibubar Jumaat ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuat kuasa Jumaat ini.

Pembubaran tersebut dimaklumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di Shah Alam hari ini.

Dalam pada itu, baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

DUN Selangor akan terbubar secara automatik pada 25 Jun ini selepas tempoh penggal berakhir

Advertisements

Sebanyak enam negeri yang akan terlibat dalam PRN yang dijangka berlangsung pada Ogos ini termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada Khamis lalu dilaporkan menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan pembubaran DUN negeri itu. 

Turut berangkat pada istiadat itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Haris Kasim, Speakar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng. Suee Lim dan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan