28 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Arteta tolak hajat Sanchez kembali ke Arsenal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan menolak permintaan Alexis Sanchez untuk menyertai kelab itu semula susulan panggilan telefon yang dibuat pemain berkenaan.

Sanchez merupakan bintang Arsenal ketika empat tahun bersama kelab utara London itu dengan menjaringkan 80 gol dalam 166 penampilan sebelum menyertai Manchester United pada 2018.

Perpindahan itu melibatkan pertukaran pemain itu dan Henrikh Mkhitaryan, namun penghijrahan Sanchez ke Old trafford gagal menepati sasaran apabila beliau sekadar menjaringkan lima gol dalam 45 perlawanan.

Sanchez menikmati kempen cemerlang bersama Marseille musim ini apabila meledak 18 gol dalam 44 perlawanan, membantu kelab itu menamatkan kempen di tangga ketiga sekali gus layak ke Liga Juara Juara Eropah.

Bagaimanapun, menurut akhbar Chile, La Tercera, Sanchez telah menghubungi Arteta untuk berpindah ke Arsenal secara percuma musim panas ini.

Advertisements

Pengurus berbangsa Sepanyol itu bagaimanapun memberi jawapan segera kepada penyerang Chile berkenaan.

Arteta memberitahu bekas rakan sepasukannya itu ketika di Arsenal bahawa Sanchez tidak sesuai dengan perancangan kelab yang mahu menggunakan pemain muda bagi mencabar kejuaraan liga.

Sebelum menyertai Marseille, Sanchez berhijrah ke Serie A bersama Inter Milan dan menjuarai kejuaraan liga dan Coppa Italia.

Marseille dilaporkan telah menawarkan kontrak baharu untuk Sanchez. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan