24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Larang berbaju Melayu ibarat hina kebudayaan nasional – Noh

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim tidak membenarkan pemakaian baju Melayu semasa Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN menghadiri pembukaan persidangan itu semalam ibarat penghinaan kepada kebudayaan nasional yang mengiktiraf baju Melayu sebagai Baju Kebangsaan.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, alasan Speaker Dun Selangor daripada DAP yang mendakwa pemakaian itu tidak mengikuti peraturan mesyuarat ditetapkan tidak boleh diterima kerana tidak ada peraturan tentang pemakaian Ahli Dewan.

“Kalau tidak ada peraturan, Speaker kena ikut command law, Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri lain yang benarkan pemakaian Baju Melayu. 

“Tindakan seperti ini satu penghinaan kepada kebudayaan nasional yang mengiktiraf Baju Melayu sebagai Baju Kebangsaan,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong), Zakaria Hanafi (Semenyih), Datuk Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang), Rizam Ismail (Sungai Air Tawar) dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) hadir ke persidangan DUN dengan berbaju Melayu.

Tindakan itu membuatkan Suee Lim menegur ADUN terlibat yang dikatakan tidak mengikuti peraturan mesyuarat ditetapkan.

Advertisements

“Pagi ini, saya nampak dalam dewan yang mulia ini, ADUN melanggar peraturan yang sudah saya tetapkan.

“Sebagai Speaker, saya menetapkan bahawa ADUN mesti berpakaian kemas ‘long suit’ pada sesi dewan dan kelonggaran saya berikan pada hari Jumaat iaitu ADUN boleh memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu),” katanya.

Bagaimanapun, teguran Suee Lim itu menimbulkan rasa tidak puas hati Mohd Shamsudin yang mendakwa rakyat tidak akan kisah sekiranya ADUN memakai baju kebangsaan sewaktu persidangan berlangsung.

Noh Omar bersama Wan Hassan yang memilih berbaju Melayu di Parlimen. – Foto FACEBOOK NOH OMAR

Noh dalam pada itu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Adun-Adun UMNO dan Pas yang mempertahankan kebudayaan nasional.

“Hari ini hari Selasa, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli setiap hari memakai baju Melayu setiap kali Parlimen bersidang sejak tahun 2013 dan tidak pernah di tegur oleh Speaker Dewan Rakyat,” jelas Noh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan