33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Selangor ajak penyokong berbaju melayu ke stadium

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SELANGOR FC mengambil pendekatan kreatif untuk perlawanan terakhir mereka menentang Terengganu di bulan Ramadan dengan menyeru penyokong berpakaian baju melayu dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada malam Selasa.

Seruan ini dibuat melalui satu hantaran di laman media sosial Selangor FC pada Isnin.

Hantaran media sosial tersebut turut memaparkan gambar kapten Gergasi Merah, Brendan Gan segak berbaju melayu berwarna merah.

“Sempena perlawanan terakhir sebelum menyambut Hari Raya, Selangor FC ingin mengajak para penyokong Merah Kuning untuk berpakaian baju melayu ke Stadium MBPJ.

Advertisements

“Ayuh berbaju melayu sambil menyokong pasukan Gergasi Merah,” katanya.

Selangor kini dalam momentum untuk meraih tiga mata esok selepas mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan dan menduduki tangga kedua Liga Super.

Anak-anak buah Tan Cheng Hoe sudah tentu mahu melihat para penyokong segak berbaju melayu memberi sorakan kepada Merah Kuning di Stadium MBPJ yang sudah semestinya menaikkan moral para pemain Red Giants. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan