31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Liverpool garang belasah Leeds 6-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LIVERPOOL menghidupkan peluang ke kejohanan Eropah musim depan selepas membelasah Leeds United 6-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road awal pagi tadi.

Mohamed Salah dan Diogo Jota masing-masing mencipta dua jaringan sementara Cody Gakpo serta Darwin Nunez melengkapkan kemenangan besar skuad kendalian Jurgen Klopp.

Tiga mata penuh dikutip menyaksikan The Reds kekal di tempat kelapan liga dengan 47 mata, ketinggalan enam mata di belakang Tottenham Hotspurs di kedudukan kelima bagi tempat ke Liga Europa musim depan.

Namun, Liverpool masih kurang beraksi satu perlawanan sementara bagi kedudukan ke Liga Juara Juara Eropah tampak sukar namun tidak mustahil jika Newcastle terus keciciran mata.

Dalam pada itu, aksi di Elland Road menyaksikan tuan rumah, Leeds mencipta peluang menjaringkan gol dalam 30 minit pertama namun gagal menyempurnakannya.

Sebaliknya, Liverpool meledak dua gol dalam tempoh empat minit.

Advertisements

Gol pertama terhasil pada minit ke-35 apabila Gakpo menyudahkan hantaran silang Trent Alexander-Arnold sebelum Salah menggandakan jaringan pada minit ke-39 hasil umpanan cantik Jota.

Untuk rekod, itu merupakan gol ke-134 Salah dalam EPL dan gol ke 106 dijaringkan menerusi kaki kiri, melepasi rekod yang dicatatkan Robbie Fowler dalam kempen liga.

Leeds cuba bangkit selepas rehat apabila merapatkan jurang menerusi Luis Sinisterra pada minit ke-47 apabila menghukum kesilapan pertahanan, Ibrahima Konate.

Salah kemudiannya mejaringkan gol ketiga Liverpool sebelum Jordan Henderson melakukan hantaran silang untuk disudahkan Jota bagi gol keempat mereka.

Jota mencetak gol kedua peribadinya pada minit ke-72 sebelum Nunez melengkapkan kemenangan bergaya The Reds pada minit ke-90. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan