27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

‘Coach’ Azrai Khor meninggal dunia

Mesti Baca

BEKAS pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun, selepas diserang strok.

Ia disahkan anak bongsunya, Nur Azryena Khor yang menjelaskan bapanya kelihatan lemah pagi dan dibawa ke sebuah hospital di Alor Setar sebelum meninggal dunia.

“Saya bagi pihak keluarga memohon semua pihak terutama seluruh peminat bola sepak mendoakan arwah,” katanya seperti dilapor media.

Advertisements

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, bekas pemain Kedah era 70-an itu telah menyarung jersi kebangsaan dari 1975 hingga 1978.

Allahyarham dengan nama asalnya Khor Sek Leng telah menyertai skuad ke Piala Raja Thai, Pra-Olimpik, Pestabola Merdeka, Piala Asia 1976 di Teheran dan Sukan Asia 1978 di Bangkok.

Sebagai jurulatih pula, Allahyarham membawa Kedah muncul juara double treble pada 2007 dan 2008, selain turut pernah membimbing beberapa pasukan tempatan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak serta menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan