27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Konsert Letto diiringi gamelan bagaikan berada di Jogjakarta

Mesti Baca

MERAIKAN 20 tahun perjuangan dalam industri seni, kumpulan dari seberang Letto, hadir ke ibu kota menjayakan konsert mereka yang berlangsung pada 12 Januari lalu.

Konsert Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu memberi peluang buat peminat di Malaysia untuk melihat persembahan Letto menyanyi secara live menerusi persembahan secara Gamelan.

“Persembahan kali ini kami membawa konsep yang lebih unik dengan membawa pemain gamelan dari Indonesia dan membawa Dalia Farhana sebagai artis jemputan,” kata penyanyinya, Noe.

Pada persembahan malam itu, Dalia Farhana menyanyikan dua lagu ‘ Rumah’ dan ‘Langit yang sama’ sebagai pembuka persembahan.

Diikuti dengan kemunculan Letto yang membuka tirai persembahan dengan lagu ‘bird song’.

Sesuai dengan konsertnya yang bertajuk micara atau dalam bahasa Jawa bermaksud berbicara, Noe banyak berdialog dengan penonton.

Dialog yang tercipta bukan main-main. Noe banyak membincangkan berkenaan budaya dan kehidupan manusia.

“Sebenarnya, semua lagu-lagu Letto banyak bercakap mengenai cinta kepada Tuhan. Namun saya serahkan interpretasi kepada pendengar,” kata Noe mewakili teman-teman.

Pada malam itu Letto mempersembahkan sebanyak 17 buah lagu yang pernah dipopularkan oleh mereka sepanjang 20 tahun berada di dalam industri muzik.

Dalam konsert berdurasi 2 jam itu, Letto berjaya menggamat suasana dengan tepukan gemuruh setiap kali lagu-lagu popularnya berkumandang.

Lagu ‘Sandaran Hati’, ‘Permintaan Hati’, dan ‘senyumanmu’ kembali membuat penonton menyanyikan lagu-lagu yang pernah menjadi kenangan nostalgia.

Bunyi gamelan yang halus membuatkan suasana konsert pada malam itu sedikit berbeza.

Advertisements

Jika Letto dikenali sebagai sebuah band dengan lagu genre pop, malam itu penambahan bunyi gamelan pastinya menjadikan susunan setiap lagu itu unik.

“Anda juga boleh mengatakan bahawa dalam beberapa bahagian susunan lagu mempunyai rasa magis.

“Kami mahukan penonton seperti berada di kota kelahiran kami, Jogjakarta sepanjang konsert di Kuala Lumpur. Boleh dianggap oleh-oleh dari Jogja,” kata Noe lagi.

Identiti seorang anak Jawa ditampilkan oleh Letto menerusi persembahannya semasa konsert di Kuala Lumpur.

Mereka menerbangkan tujuh orang pemain gamelan dari Jogjakarta mengiringi persembahan mereka malam itu.

Letto turut menyanyikan lagu popular daripada penyanyi Malaysia seperti Suci dalam debu daripada kumpulan Iklim dan lagu Isabella daripada kumpulan Search.

Kumpulan itu menyanyikan lagu ‘Sebelum Cahaya’ sebagai lagu terakhir juga penutup persembahan yang berjaya ditamatkan dengan lagu terindah seperti itu.

Terlihat wajah penonton yang berpuas hati apabila lampu pentas menyala.

Jarang dapat melihat Letto berkolaborasi dengan muzik gamelan tradisional seperti malam itu.

Konsert yang dibawakan oleh Qew Communications Sdn Bhd (Qew Comm) itu menjadi kemunculan kedua Letto di Malaysia selepas kali pertama hadir ke Kuala Lumpur bagi mementaskan ‘showcase’ pada 2007.

Letto melancarkan album pertama berjudul Truth, Cry And Lie pada 2005, Don’t Make Me Sad (2007), Lethologica (2009) dan Cinta…Bersabarlah (2011).-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan