Friday, June 5, 2026

Padah edar rakaman presiden terkencing dalam seluar

Mesti Baca

ENAM wartawan di Sudan Selatan ditahan kerana mengedar rakaman yang menunjukkan Presiden Salva Kiir kelihatan terkencing dalam seluar di acara rasmi, kata kesatuan wartawan negara, baru-baru ini menerusi laporan CNN.

Rakaman pada Disember itu menunjukkan kesan di seluar kelabu presiden berusia 71 tahun itu ketika dia berdiri untuk lagu kebangsaan pada acara rasmi.

Video itu tidak pernah disiarkan di televisyen, tetapi kemudiannya tersebar di media sosial.

Wartawan berkenaan yang bekerja dengan Perbadanan Penyiaran Sudan Selatan yang dikendalikan kerajaan, ditahan baru-baru ini, kata Patrick Oyet, presiden Kesatuan Wartawan Sudan Selatan.

“Mereka disyaki mempunyai pengetahuan bagaimana video presiden (terkencing),” katanya kepada Reuters.

Menteri Penerangan Sudan Selatan Michael Makuei dan jurucakap Perkhidmatan Keselamatan Negara, David Kumuri, tidak menjawab permintaan untuk mengulas.

Kiir menjadi presiden sejak Sudan Selatan mencapai kemerdekaan pada 2011. Pegawai kerajaan berulang kali menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa dia tidak sihat.

Negara ini terbabit dalam konflik selama sedekad lalu.

“Kami bimbang kerana mereka yang ditahan lebih lama daripada apa yang dinyatakan oleh undang-undang,” katanya.

Mengikut undang-undang, pihak berkuasa Sudan Selatan dibenarkan menahan wartawan berkenaan selama 24 jam sahaja sebelum membawa mereka ke hadapan hakim. -Agensi

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan