30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kapal OPV1 mulakan rondaan pertama di perairan Sarawak

Mesti Baca

SELEPAS diserahkan kepada Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 2 Januari yang lalu, Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasmi memulakan pengoperasian pertamanya dengan melakukan pemantauan di kawasan perairan Sarawak.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ruji Ubi memaklumkan, pengoperasian sulung Kapal OPV1 ini dijangka akan memperkukuhkan keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) khususnya di kawasan Laut China Selatan yang menjadi tumpuan aktiviti ekonomi dan laluan kapal-kapal dagang yang menghubungkan dari bahagian selatan ke bahagian utara laut berkenaan.

Katanya, keberadaan Kapal OPV1 ini mampu memenuhi matlamat operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia iaitu konsep deterrent bagi mengekang pencerobohan kapal-kapal asing.

“Kapal OPV1 akan menjadi kapal induk kepada bot-bot peronda Maritim Malaysia yang akan melakukan rondaan penguatkuasaan di kawasan yang menjadi tumpuan nelayan asing menceroboh masuk ke laut negara bagi melakukan aktiviti penangkapan ikan.

“Kehadiran Kapal OPV1 juga bertujuan untuk mengurangkan risiko syarikat carigali dan petroleum menjadi sasaran kes rompakan di laut memandangkan kapal berkenaan berkeupayaan untuk melakukan operasi di laut  dalam jangka masa 21 hari tanpa ulang bekal,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan dan tinjauan pengoperasian kapal berkenaan, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin dan Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus.

Selain Kapal OPV1, Maritim Malaysia juga bakal melaksanakan perolehan bagi 10 buah aset strategik maritim seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang lalu.

Mengulas lanjut berkaitan status Kapal OPV2 dan OPV3, Ruji berkata perkara berkenaan akan diangkat ke peringkat Menteri Kabinet.

Beliau terdahulu memaklumkan, Majlis Penamaan OPV1 ini dijadualkan akan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam masa yang terdekat. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan