25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Konsert Exists X Orkestra bukti kumpulan ini masih jadi pilihan

Mesti Baca

SELAMA 32 tahun dalam industri menjadi bukti utuh kumpulan Exists sebagai kugiran tempatan yang berkualiti. 

Jika tidak, mustahil Exists akan kekal malah masih menjadi kegemaran pendengar pelbagai generasi sejak salam kenal di tahun 90-an sehingga 2023 menjelma.

Sehingga kini, Exists sentiasa menjadi kugiran pilihan penganjur untuk mengadakan persembahan.

Sepanjang kembara 32 tahun ini, Exists sudah merasa bermain di sekecil-kecil pentas funfair, membawa ke festival-festival muzik sehingga mempamerkan kredibiliti mereka sebagai pemuzik profesional di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.

Belum lagi kejayaan yang diraih menerusi beberapa siri konsert dan festival yang membawa Exists bertemu peminat sehingga ke Singapura dan Indonesia.

Baru-baru ini Exists disambut baik oleh peminat Indonesia sewaktu kemunculan mereka di Festival 90’s yang diadakan di Kemayoran, Jakarta.

Semua pencapaian itu terjadi pada tahun 2023. Namun Exists masih belum mahu menutup portfolio dengan cantik dan kemas tanpa melakukan sebuah persembahan yang disifatkan paling didamba sepanjang 32 tahun berkarya.

Oleh itu, selaku penganjur, Persatuan Global Malaysia dengan bangganya mahu melengkapkan impian Exists menerusi projek bersejarah yang bakal dilaksanakan pada Disember hujung tahun ini.

Konsert Exists X Orkestra bakal diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember ini.

Pengarah Program Persatuan Global Malaysia, Mohd Roslan Mohd Rafi berkata, Konsert Exists X Orkestra akan menjadi sebuah sejarah peribadi buat kugiran yang dianggotai Ajai, Ujang, Musa, Along, Mamat dan Ezad sepanjang pembabitan mereka sebagai pemuzik.

“Sudah tentu Konsert Exists pada kali ini berbeza dengan apa yang pernah dilihat dan dipersembahankan mereka sebelum ini.

Advertisements

‘Jika sebelum ini Exists bermain sebagai sebuah kugiran tetapi untuk konsert kali ini anda buat pertama kalinya akan menjadi sebahagian daripada sejarah kerana Exists akan bergabung dengan kumpulan Orkestra.

“Kami selaku penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada Exists dan Orkestra kerana menyambut baik proposal kami lalu menjadikan ia sebuah kenyataan,” katanya.

Buat Exists sendiri, bergabung ‘permainan’ dengan pemuzik orkestra yang hebat memang sudah menjadi impian sekian lama.

Namun mereka menunggu waktu yang sesuai untuk menghasilkan sebuah persembahan kolaborasi apa lagi dengan kumpulan pemuzik orkestra.

“Tanyalah kepada mana-mana band, kugiran atau pemuzik, salah satu impian tentang dunia kami ini adalah melakukan persembahan konsert atau bergabung dengan orkestra.

“Kami fikir sudah banyak persembahan skala kecil kepada skala besar, dengan usia 32 tahun Exists, ini adalah masa yang sesuai untuk kami berkolaborasi dengan orkestra.

“Exists sendiri tidak sabar untuk mencipta sejarah ini secara peribadi buat setiap anggota yang sudah berkelana sangat jauh dari usia remaja sehingga sekarang.

“Apapun terima kasih yang sebesarnya mahu kami sampaikan kepada peminat kerana jika tanpa sokongan dan kepercayaan bahawa Exists masih relevan dan perlu terus hidup dalam industri ini, mungkin Exists tidak akan wujud lagi,” ujar Along.

Dengan pengumuman yang dibuat, jangan terlepas untuk menjadi saksi nyata dan sebahagian daripada sejarah yang bakal dicetak di Konsert Exists x Orkestra pada 22 Disember 2023 di Megastar Arena Kuala Lumpur.

Tiket-tiket berharga bermula RM 568, RM 468, RM 368, RM 268 dan RM 168 dan boleh dibeli menerusi laman sesawang Www.MyTicket.Asia. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan