33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Air panas bertukar menjadi ais serta-merta

Mesti Baca

REKOD suhu yang begitu rendah di Finland minggu lalu memberi idea kepada seorang pelancong untuk mencuba sesuatu yang sudah lama menarik perhatiannya.

Dia mencuba menyimbah air mendidih ke udara apabila cuaca sangat sejuk di luar dan kagum melihat air itu bertukar menjadi awan debu berais serta-merta.

Suhu di luar yang berada pada tahap sejuk yang jarang atau tidak pernah dilihat oleh kebanyakan tempat di bumi menarik perhatiannya untuk melakukan perkara berkenaan.

Lauri Untamo, seorang pengurus jualan berusia 49 tahun dari selatan Finland, sedang bercuti di wilayah Lapland, bersama rakan-rakan, apabila suhu turun kepada negatif 30 darjah Celsius pada Hari Tahun Baru.

“Saya pernah melihat video helah sama di media sosial atau YouTube yang boleh dilakukan.

“Tetapi tidak pernah tahu takat beku yang sesuai untuk mencubanya pada negatif 30 darjah Celsius atau lebih,” kata Untamo.

Advertisements

Katanya, dia memasak air di dalam kabinnya, dengan cepat membawanya ke luar dan melemparkannya ke udara.

Dia terselamat daripada percubaan itu dan tidak melecur, apabila air panas itu serta-merta bertukar menjadi ais.

Negara-negara di rantau Nordik sudah mengalami cuaca yang sangat sejuk sejak beberapa hari lalu, dengan merekodkan suhu terendah dalam 25 tahun pada negatif 44.3 darjah Celsius yang direkodkan pada 5 Januari di Enontekio, lebih jauh ke utara di kawasan Artik.

Walaupun cuaca berais, Untamo dan sekumpulan rakannya menikmati aktiviti luar seperti bermain ski dan berjalan-jalan di hutan bersalji.

“Kami juga melihat cahaya utara pada beberapa malam, jadi Lapland benar-benar memberikan pengalaman yang terbaik kepada kami minggu ini,” katanya. -Agensi

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan