26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Raja Ema akui bahagia jalani kehidupan solo

Mesti Baca

PELAKON dan penyanyi, Raja Ema akui bahagia menjalani kehidupan solo selepas bercerai dengan penyanyi Sheqal lebih dua dekad lalu.

Raja Ema, 55, berkata sehingga kini dia belum terfikir untuk kembali berumah tangga meskipun ada lelaki yang ingin mengisi kekosongan hati.

“Saya seorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak suka berkongsi ruang dan masa dengan orang lain. Saya lebih suka menghabiskan masa dengan diri sendiri.

“Mungkin juga sebab saya sudah terbiasa hidup sendiri sejak lama menyebabkan tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti.

“Tidak dinafikan adalah juga lelaki yang cuba mendekati, tetapi saya tidak tahu sejauh mana kejujuran mereka.

Advertisements

“Lagipun saya pernah bercerai dan boleh dikatakan serik sebenarnya untuk kembali berumah tangga.

“Memang tiada langsung jejaka idaman dihati,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton dan sidang media filem Sayu Yang Syukur, baru-baru ini.

Penyanyi yang popular pada era 1980-an yang kini menetap di Melaka itu mengejutkan industri seni apabila mengumumkan bakal bernikah dengan penyanyi Sheqal pada 1993.

Ini kerana anak kepada pelakon veteran, Allahyarhamah Yusni Jaafar itu tidak pernah berkongsi kisah percintaannya ketika itu.

Dalam pada itu, Raja Ema pernah berkahwin buat kali kedua, selepas lama bergelar ibu tunggal namun identiti bekas suaminya terus menjadi tanda-tanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan