28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Zahid mahu toleransi beragama di Sabah dipertahankan

Mesti Baca

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Sabah merupakan contoh terbaik dalam toleransi beragama dan kepelbagaian kaum yang perlu dipertahankan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ia selari dengan negara ini yang bermasyarakat majmuk dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.

Atas sebab itulah menurut beliau, kita mesti mengutamakan perpaduan dan menolak fahaman politik sempit yang boleh mengganggu-gugat keharmonian negara.

“Kita yakin bahawa kestabilan politik dapat menjamin kemakmuran dan kemajuan negara dan kerana itu jugalah kita mesti mengutamakan perpaduan dan menolak fahaman politik sempit yang boleh mengganggu-gugat keharmonian negara.

“Melalui kestabilan politik, banyak usaha Kerajaan dapat dilaksanakan untuk manfaat rakyat,” kata beliau pada majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Rumah Terbuka Krismas Kadamaian di Kota Belud, Sabah hari ini.

Advertisements
Ahmad Zahid Hamidi diberikan taklimat mengenai pembinaan jalan luar bandar di DUN Kadamaian, Kota Belud, Sabah.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Ahmad Zahid berkata, sebagai contoh hari ini beliau berbesar hati meluncurkan tiga projek menaik taraf jalan luar bandar Kadamaian dengan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM244 juta di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Selain itu, beliau berkata, atas dasar kepedulian dan memastikan tidak ada golongan sasar yang tercicir daripada menerima inisiatif kerajaan, beliau juga telah meluluskan sebanyak 40 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di DUN Kadamaian.

“Justeru, apa yang penting kepada saya bukanlah sekadar pengumuman inisiatif dan projek pembangunan semata-mata, yang paling penting adalah ianya perlu dilaksanakan sebaik-baiknya demi kesejahteraan rakyat khususnya masyarakat di Sabah,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan