30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Hanya berpisah dengan DAP boleh selamatkan UMNO – Tun M

Mesti Baca

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO akan terhapus sama sekali dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) melainkan parti itu berpisah dengan DAP.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, selain memisahkan diri daripada DAP, UMNO juga perlu kembali kepada perjuangan untuk bangsa, negara dan agama.

Beliau yang kini berusia 98 tahun itu berkata, pemimpin UMNO yang telah usang perlu digugurkan dan masalah Melayu perlu diperjuangkan semula, terutama soal kemiskinan kaum tersebut.

“Kemaman menunjuk bahawa sokongan kepada UMNO merosot lagi. Selagi UMNO bersekongkol dengan DAP sokongan kepada UMNO akan terus merosot,” katanya menerusi platform X hari ini.

Beliau mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang menyaksikan calon Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor dengan majoriti 37,220 undi.

Dr Mahathir yang pernah memimpin UMNO selama lebih 20 tahun mendakwa, parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

Advertisements

Sebaliknya, kata beliau, perjuangan UMNO ialah untuk wang serta menyelamatkan kepimpinan yang bersekongkol dengan jenayah.

“Lagipun pengundi UMNO bukan lagi yang ketahui jasa UMNO kepada negara. Mereka sudah tua dan tidak lagi aktif dalam arena politik,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang kalah dan hilang wang deposit dalam PRU15 itu berkata, pengundi muda dibesar setelah negara maju.

“Mereka berpendapat memanglah negara maju sehingga penuh dengan pencakar langit. Peranan UMNO memajukan negara dari kemiskinan dahulu sehingga separuh maju sekarang tidak disedari oleh mereka.

“Suka atau tidak suka inilah kenyataan. Inilah mesej Kemaman,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan