27 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Kempen Me’nate Steak Hub berjaya capai sasaran RM300,000

Mesti Baca

RESTORAN Me’nate Steak Hub berjaya mencapai sasaran mereka dengan memperoleh RM300,000 menerusi Kempen Makan dan Derma yang dianjurkan sejak 6 hingga 20 November lalu.

Kempen itu dianjurkan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin.

Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali berkata, pihaknya terharu dan gembira atas sambutan yang diberikan oleh semua terutama pelanggan Me’nate Steak Hub dalam menjayakan misi ini.

“Alhamdulillah dalam tempoh yang singkat kami berjaya mengumpul dana seperti yang diharapkan.

“Semua ini juga berkat sokongan daripada semua pelanggan Me’nate Steak Hub yang turut serta dalam kempen ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media penyerahan dana berkenaan yang diserahkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT).

Hadir mewakili badan masing-masing Pengarah Jualan Media Prima Omnia, Sharifah Omar dan Presiden SEJAGAT Syed Sheikh Al-Attas Syed Hassan.

Setiap badan itu masing-masing akan menerima RM150,000 daripada jumlah kutipan.

Advertisements

Sementara itu, Syed Ashraf yang juga pemilik Me’nate Steak Hub berkata, atas kejayaan kutipan ini memberi semangat kepadanya untuk memberikan yang lebih lagi pada masa akan datang.

“Ini adalah kempen kali pertama kami anjurkan dan melihat sambutan menggalakkan diterima, kami berharap dapat melakukan kempen seperti ini lagi.

“Jika tidak dengan cara seperti ini mungkin kami akan lihat apakah cara lain lagi yang boleh dilakukan dalam usaha membantu mereka di sana.

“Andai diberi peluang jika keadaan sedikit baik di Palestin kami juga berharap dapat menghantar lebih banyak bantuan makanan di sana,” katanya lagi.

Dalam pada itu, sebagai antara jenama yang cukup kukuh dalam bidang perkhidmatan makanan dan minuman, Syed Ashraf berharap Me’nate Steak Hub juga akan kekal sensitif dengan isu-isu seumpama ini dalam memastikan rangkaian perniagaan dibawah kendaliannya ini lebih dekat dengan masyarakat.

“Dalam bidang ini kepuasan pelanggan memang menjadi keutamaan kami, melalui isu-isu seperti ini kami juga ingin mengambil peluang dalam mendidik masyarakat di luar sana akan kepentingan kempen kemanusiaan seperti ini.

“Bagi Me’nate Steak Hub kami tidak hanya tertumpu dalam pasaran dalam negara, mengorak langkah sebagai antara jenama Malaysia yang sudah mendapat tempat di pasaran antarabangsa, usaha-usaha seperti ini juga memberi peluang untuk kami mendapat pengiktirafan dari masyarakat di luar,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan