27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Batik Boutique sumbang 10 peratus hasil jualan kepada Palestin

Mesti Baca

MERAIKAN sambutan Hari Batik Malaysia yang diadakan setiap 3 Disember, Batik Boutique turut mengambil inisiatif dalam membuat kutipan bagi membantu rakyat di Palestin.

Pengasasnya, Amy Blair berkata, sebagai seorang ahli perniagaan memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja menjadi sebahagian daripada tanggungjawabnya.

Begitu juga inisiatif dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat di Palestin.

“Sempena meraikan sambutan Hari Batik Malaysia, saya melancarkan koleksi terbaharu bermotifkan negara Malaysia seperti corak nasi lemak,buah-buahan tempatan dan juga pemandangan bukit serta gunung-ganang.

“Sebanyak 10 koleksi terbaharu dilancarkan dan saya sepakat untuk menyumbangkan sebanyak 10 peratus hasil pembelian pelanggan di butik untuk disalurkan kepada Palestin,” katanya pada majlis pelancaran koleksi terbaharu, yang diadakan baru-baru ini.

Pada pelancaran kali ini, Batik Boutique berkolaborasi dengan beberapa artis dan model tanahair untuk memperkenalkan koleksi terbaharu ini.

Antara artis yang hadir memperagakan koleksi ialah Sean Ghazi, Atilia Haron, Mimi Fly dan Muaz Fitri.

Artis-artis yang dipilih untuk memperagakan koleksi ini adalah mereka yang selalu menyokong dan menghargai batik.

Seperti Atilia Haron,Batik Boutique pernah mengeluarkan tikar yoga yang berunsurkan batik.

Advertisements

Pada masa akan datang Batik Boutique telah memilih Muaz Fitri dan Aizat Amdan untuk berkolaborasi dalam koleksi Hari Raya 2024.

“Muaz Fitri dipilih berdasarkan komitmen yang diberikan sepanjang menjadi duta dan dia juga antara artis yang selalu mempromosikan Batik Boutique didalam drama mahupun aktiviti harian.

“Begitu juga Aizat Amdan yang selalu mempromosikan jenama Batik Boutique,” katanya.

Pada pelancaran itu, Aizat turut menghiburkan tetamu yang hadir.

Koleksi Batik Boutique tidak hanya tertumpu pada pakaian lelaki dan perempuan.

Malah terdapat koleksi tudung, beg, aksesori wanita dan juga barangan korporat.

Batik Boutique diasaskan oleh Amy Blair pada tahun 2013. Sepanjang penubuhannya Batik Boutique telah berkolaborasi dengan lebih 400 artisan untuk memartabatkan batik.

Selain itu, Batik Boutique juga banyak memberi peluang pekerjaan kepada ibu tunggal,OKU dan juga golongan B40.

Buat masa ini, Batik Boutique mempunyai tiga cawangan yang terletak di The Row Jalan Doraisamy, Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur dan di The Westin Desaru Coast Resort, Johor. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan