27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

36 murid SK1 Selayang Baru terima ‘ijazah’ Universiti Malaya

Mesti Baca

SERAMAI 36 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) 1 Selayang Baru, Batu Caves, Selangor mengalami detik manis dalam hidup apabila menerima segulung ‘ijazah’ daripada Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Lebih manis lagi, majlis ‘Konvokesyen Cilik’ itu berlangsung di Dewan Tunku Canselor yang merupakan dewan teragung bagi universiti itu, tempat ribuan graduan menerima ijazah masing-masing.

Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UM, Prof Madya Ir Dr Nahrizul Adib Kadri berkata, Konvokesyen Cilik itu bagi meraikan murid-murid tersebut dengan memakaikan mereka topi ‘mortarboard’ dan menerima skrol di atas pentas setelah nama mereka dipanggil satu persatu, persis di majlis konvokesyen sebenar.

“Menariknya, program tersebut turut menampilkan perarakan-perarakan yang melibatkan ‘Dekan’ dan ‘Pengurusan Tertinggi’ universiti yang dilakonkan oleh mahasiswa UM dari pelbagai latar belakang fakulti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hadir sama, Guru Besar SK1 Selayang Baru, Mohd Rizal Rais.

Advertisements

Nahrizul Adib berkata, program yang julung kali diadakan itu melibatkan semua pihak termasuk jabatan pendaftar, keselamatan, Fakulti Seni Kreatif dan sukarelawan dari kalangan mahasiswa UM.

Murid-murid SK1 Selayang Baru bersama para guru yang mengadakan lawatan ke Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya baru-baru ini.

Katanya, program tersebut bertujuan membina motivasi murid-murid sekolah tersebut agar suatu hari nanti mereka, walaupun tidak dapat dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, namun lebih penting iltizam mereka untuk menjadi insan berguna kepada masyarakat.

Sementara itu Mohd Rizal berterima kasih kepada pihak UM yang telah mengadakan program khas dan unit untuk kumpulan pelajar terbabit yang sudah tentu akan dikenang mereka sampai bila-bila.

“Walaupun hanya dibuat secara ringkas, saya gembira melihat riak wajah anak-anak ini yang sangat teruja menerima gulungan skrol di atas pentas dewan tersohor ini.

“Kebanyakan daripada mereka merupakan anak-anak yatim dan asnaf, jadi peluang sebegini pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diri mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan