31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Awas! Aktiviti menyamar, tipu melalui WhatsApp

Mesti Baca

CYBERSECURITY Malaysia mengeluarkan amaran berhubung aktiviti penyamaran melalui akaun WhatsApp dengan menipu mangsa untuk memindahkan wang.

CyberSecurity Malaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan terdapat aktiviti penipuan menggunakan aplikasi itu dengan pelaku menyamar sebagai individu dikenali mangsa sebelum menghantar satu pautan dan meminta mangsa untuk klik pada pautan berkenaan.

Katanya, mangsa kemudian kehilangan akses ke akaun WhatsApp sendiri.

“Penipu akan mengambil alih akaun WhatsApp yang diceroboh dan menggunakan identiti mangsa untuk melakukan penipuan.

“Penipu akan menyamar sebagai mangsa dengan menghantar mesej kepada kenalan-kenalan mangsa melalui akaun WhatsApp berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Advertisements

CyberSecurity Malaysia berkata, penipu menggunakan teknik membabitkan kandungan teks yang mendakwa mangsa berada dalam situasi bahaya dan memerlukan bantuan atau pinjaman kewangan bagi membantunya keluar dari krisis atau kes kecemasan serta berjanji akan membuat pembayaran balik.

Dalam situasi ini, kenalan mangsa akan terpedaya dan mempercayai mesej itu dihantar oleh rakan mereka yang memerlukan wang.

“Kami menasihati orang ramai tidak klik pada sebarang pautan yang diterima melalui WhatsApp.

“Jangan buat sebarang pemindahan wang sebelum mendapat kepastian dan pengesahan kenalan,” kata kenyataan itu lagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan di https://www.mycert.org.my/portal/details. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tebang satu pokok, tanam semula 100 pokok – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar menanam 100 pokok baharu bagi setiap...

Lagi Artikel Berkaitan