34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

UMNO tingkat kefahaman, kerjasama parti Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

UMNO akan mempertingkatkan kefahaman dan kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan menerusi konvensyen di seluruh negeri, bermula Januari depan.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mesyuarat juga memperakukan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO akan terus mendokong pendirian parti menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, langkah itu sesuai dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agong UMNO pada 14 Januari 2023.

Advertisements

“Sempena setahun usia Kerajaan Perpaduan Malaysia, Majlis Kerja Tertinggi menegaskan pendirian parti untuk terus memperkukuhkan dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan sebagaimana titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Memperteguhkan asas-asas kerjasama yang dipersetujui bersama antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia melalui perjanjian yang telah telah dimeterai terutamanya berkenaan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera; dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi,” katanya dalam satu kenyataan.

Asyraf Wajdi berkata, bagi memastikan agenda Melayu terus diperkasakan, UMNO pada 6 Januari 2024 akan mengadakan Kolokium Khas Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera.

Katanya, kolokium itu bakal membentangkan hala-tuju dan tawaran ekonomi baharu untuk umat Melayu di negara ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan