29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Maritim Malaysia perkukuh kerjasama keselamatan serantau

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) komited memperkukuhkan kerjasama keselamatan maritim serantau di bawah kepimpinan Ketua Pengarah baharu, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd. Amin.

Maritim Malaysia menerusi kenyataan berkata, susulan itu beliau yang mula menjawat jawatan tersebut sejak 6 November lalu memerima kunjungan beberapa perwakilan negara-negara Asia.

Antara kunjungan hormat yang diterima katanya, adalah daripada Penasihat Pertahanan dari Kedutaan Thailand, Kepten Jirapong Apichatwong; Duta Besar Jepun, Katsuhiko Takahashi dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, N. Shivakumar.

“Antara isu dibincangkan ialah kerjasama sedia ada serta potensi di masa depan dalam konteks pembangunan kapasiti agensi seperti latihan, perkongsian ilmu pengetahuan, Transfer of Tech dan Train the Trainer.

“Perbincangan sama turut meliputi usaha berterusan dalam pemerkasaan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) sebagai pusat kecemerlangan bagi pegawai penguatkuasa maritim di rantau ini,” katanya hari ini.

Selain itu, Maritim Malaysia berkata, perbincangan turut berkisar mengenai kerjasama operasi di dalam menangani jenayah-jenayah maritim yang mengancam Malaysia dan negara-negara terbabit.

Advertisements

“Ini termasuk di dalam konteks perkongsian maklumat perisikan serta bantuan khusus di dalam latihan seperti forensik, siasatan dan lain-lain,” jelasnya.

Menurut Maritim Malaysia, perbincangan turut menyentuh tren jenayah semasa, situasi jenayah maritim dan cabaran-cabaran di dalam kawalan sempadan negara.

Tambahnya, ini termasuk berkongsi konsep operasi, serta pengalaman di dalam menangani jenayah di laut.

“Kunjungan hormat ini diharap menjadi langkah positif dalam memperkukuhkan lagi hubungan di antara Malaysia dan negara-negara terbabit di dalam konteks keselamatan maritim.

“Maritim Malaysia turut mengalu-alukan kunjungan hormat daripada perwakilan negara-negara serantau lain dalam usaha membina kerjasama lebih erat bagi menjaga dan melindungi keamanan serta kedaulatan laut di rantau ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan